suria

Lelaki peras ugut wang dari wanita, akhirnya terjatuh hati - “Awak terlalu cantik untuk dirompak”

Wanita ini dirompak oleh seorang lelaki yang terpikat hati dengannya.

PADA mulanya berniat jahat, tetapi akhirnya berubah hasrat kerana kejelitaan wanita.

Dalam satu kejadian rompakan, seorang lelaki di Indianapolis, Amerika Syarikat sempat mengajak mangsanya untuk keluar dalam temu janji sebagai teman wanitanya selain menambahnya sebagai kenalan di Facebook.

Suspek kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ketika rompakan, wanita itu, Amber Beraun sedang mengambil suratnya dari peti di luar rumah sebelum suspek, Damien Boyce didakwa mengancamnya dengan pistol, mengugutnya untuk memberikan wang tunai AS$100 (RM468).

Beraun berkata, lelaki itu kemudian memintanya memberikan nama akaun Facebook dan menyuruh Beraun menambahnya sebagai kenalan manakala suspek hanya memerhati dari tepi.

Suspek memberitahu Beraun bahawa dia akan menggantikan wang yang dirompaknya itu sebelum melarikan diri dengan basikal.

Beraun kemudian menerima mesej Facebook daripada Boyce memberitahunya bahawa dia ingin berjumpa dengannya.

"Saya akan bayar wang awak, rompakan ini cuma untuk menarik perhatian awak supaya kita dapat bertemu.

"Jangan risau, saya tak akan buat apa-apa dekat awak, awak terlalu cantik untuk dirompak," kata Boyce melalui mesej pesanan ringkas.

Boyce ditahan kerana melakukan rompakan bersenjata. Dia juga didakwa kerana memiliki senjata api pistol.

Dia juga ditahan seminggu sebelum itu kerana merompak hingga mengakibatkan kecederaan selain dituduh menembak dua individu dan memukul seorang lagi dengan batu dalam kejadian itu. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain