suria

Wanita dipaksa makan najis kekasih selepas kantoi curang dengan lelaki lain

Suspek ditahan kerana memaksa teman wanita memakan najisnya. -Gambar Dok Polsek Cilandak/CEN

SEORANG pelukis tatu didakwa memaksa teman wanitanya memakan najisnya selepas didapati curang bersama lelaki lain.

Menurut laporan media, kejadian berlaku di Cilandak, Jakarta di Indonesia.

Lelaki berkenaan telah memburuk-burukkan teman wanitanya dengan memaksa mangsa memakan najisnya.

Serangan dikatakan berlaku selepas suspek melihat seorang lelaki lain keluar dari rumah teman wanitanya.

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu.

Ketua polis, Wahid Key berkata: "Kes bermula selepas suspek melihat seorang lelaki lain di rumah sewa teman wanitanya.

"Dia cuba mengejar lelaki itu, tetapi tidak berjaya sebelum dia masuk ke dalam tandas rumah dan membuang air besar.

"Selepas selesai, suspek keluar membawa najis dan melumurkannya ke muka teman wanitanya dan memaksa mangsa untuk memakannya."

Selain itu, suspek juga didakwa kerana memukul teman wanitanya di bahagian muka dan tangan dalam kejadian itu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain