suria

YouTuber terkaya dunia, MrBeast dedah dijemput sertai misi kapal selam Titan... Tak dapat bayangkan nasib jika terima pelawaan

MrBeast mendakwa menerima jemputan menyertai misi bersama Titan namun menolaknya.

YOUTUBER MrBeast mendedahkan bahawa dia telah dijemput untuk menyertai misi kapal selam Titan untuk meneroka bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, di Lautan Atlantik.

Bagaimanapun, YouTuber terkaya dunia itu memaklumkan dia menolak jemputan yang diterima awal bulan lalu.

"Saya dijemput awal bulan ini untuk menaiki kapal selam Titan, tetapi saya tolak," tulisnya dalam ciapan pada Ahad.

Dia juga mengaku tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika bersetuju untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut.

"Tak boleh bayangkan. Agak menakutkan jika saya di situ," sambungnya.

Walaupun tidak menyatakan sama ada jemputan itu adalah untuk misi yang menyaksikan kapal selam berkenaan berakhir dengan tragedi dahsyat beberapa hari lalu, MrBeast atau sebenarnya Jimmy Donaldson, berkongsi sebahagian teks daripada seseorang yang mempelawanya menyertai penerokaan tersebut.

MrBeast, 25, yang mengumpul sejumlah 163 juta pengikut di YouTube dianggarkan memiliki kekayaan sehingga RM23 bilion.

Terdahulu, media pada Khamis lalu melaporkan lima penumpang Titan meninggal dunia, selepas kapal selam itu dipercayai meletup berdekatan kapal Titanic.

Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush; jutawan British, Hamish Harding; ahli perniagaan Pakistan, Shahzada Dawood bersama anaknya Suleman Dawood; dan Paul-Henri Nargeolet. -CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain