suria

Sakit hati larangan tak diendahkan, warga emas tergamak bakar isteri

Suspek kes bakar isteri di Tanjung Balai ditahan untuk tindakan lanjut.

SEORANG warga emas tergamak membakar isterinya sendiri kerana didakwa mengingkari arahannya supaya tidak bekerja di kafe.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, suspek yang hanya dikenali dengan inisial JS, 56 tahun, menyiram minyak tanah dan menyalakan api pada tubuh mangsa dengan menggunakan mancis.

Ketua Polis Tanjung Balai, Ahmad Yusuf Afandi berkata, berikutan kejadian tersebut, mangsa mengalami lecur di kedua lengan, sebahagian wajah dan dadanya.

Dua orang saksi yang melihat kejadian tersebut kemudian membawa mangsa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berdasarkan aduan keluarga mangsa dan keterangan saksi, polis kemudian menangkap suspek dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Menurut laporan keluarga mangsa, suspek merupakan seorang yang cemburu buta dan dia menjadi berang apabila larangannya tidak diendahkan mangsa. -Asiatopnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain