SUNGGUH tidak tercapai dek akal apabila seseorang itu mempunyai nafsu ke atas insan yang melahirkannya ke dunia. Begitulah kisah lelaki berusia 28 tahun ini yang ditangkap melakukan hubungan sumbang mahram dengan ibunya sendiri. Kejadian di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia itu menjadi bualan hangat warga setempat kerana ia melanggar norma masyarakat. Laporan berita tempatan mengatakan hubungan anak-beranak itu terjalin atas rasa suka sama suka dan si ibu yang berumur 58 tahun turut bersubahat untuk memuaskan nafsu serakah anaknya. Perbuatan terkutuk itu bermula ketika pemuda tersebut masih di bangku persekolahan dan insiden pertama dikatakan tercetus ketika anak dan ibu sedang bersama-sama memasak di dapur. Ketika itu, pemuda tersebut dipercayai baru menghisap bahan terlarang yang menyebabkannya khayal dan hilang pertimbangan moral. Anak itu kemudiannya mengajak ibunya ke dalam bilik tidurnya untuk bersenggama kerana tiada sesiapa di rumah pada waktu itu dan lebih mendukacitakan permintaan tersebut dituruti wanita berkenaan. Bermula dari hari itu, mereka terus melakukan onar untuk berhubungan di ranjang sehingga akhirnya kegiatan mereka dihidu. Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Ganggam Solid, Agam Sukendra Madra berkata, kes sumbang mahram itu terbongkar apabila ahli keluarga mereka membuat laporan kepada pihaknya. Datuk Bandar Bukittingi, Erman Safar berkata pemuda itu sudah dipisahkan dari ibunya dan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak. "Pihak berkuasa sedang kuarantin pemuda itu, setakat hari ini sudah hampir lima bulan. Dia juga dipercayai mempunyai masalah gangguan mental yang sedang disiasat. "Lebih meruntun jiwa si ibu sering tampil dengan perwatakan wanita bertudung labuh manakala adik pemuda itu merupakan sorang hafiz al-Quran," katanya. - Berita Satu Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!