suria

Bunuh 7 bayi hasil sumbang mahram dengan anak kandung... Lelaki dedah lakukan demi ritual jadi kaya, tapi akui masih miskin

Seorang bapa (tengah) didakwa terlibat dengan pembunuhan tujuh bayi. -Gambar Tribun Medan

SEORANG bapa berusia 57 tahun disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tujuh bayi hasil sumbang mahram dengan anak kandungnya.

Suspek, R, mengaku melakukan perbuatan keji itu demi satu ritual bagi memperoleh kekayaan.

Atas saranan seorang bomoh yang ditemui R ketika menjadi buruh binaan di Klaten di Jawa Tengah, Indonesia.

"Kalau nak kaya, anda kena setubuhi anak sebanyak tujuh kali," kata R yang mengimbas kembali kata-kata bomoh itu.

Dia membuat pengakuan tersebut dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Banyumas di Jawa Tengah, pada Selasa.

Ketika ditanya pemberita sama ada dia kini sudah kaya kerana telah menyempurnakan kesemua ritual itu, R mengakui dirinya masih miskin.

"Belum," jawab R secara ringkas.

Dilaporkan, suspek tidak mempunyai rumah sendiri dan tinggal bersama anak perempuannya berusia 26 tahun di sebuah pondok milik seorang penduduk di Kampung Tanjung di Purwokerto Selatan.

Terdahulu, dilaporkan kesemua tujuh bayi dibunuh sejurus selepas dilahirkan, sejak 2013 sehingga 2021.

Sebagai peringatan, perbuatan sumbang mahram dan membunuh salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain