GARA-gara terlepas menaiki kereta api, seorang ibu memukul anaknya di depan orang ramai. Video si ibu memukul anaknya yang masih kecil tular di media sosial. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang sanggup melihat kejadian itu. Memetik TribunTrends, kanak-kanak itu bukan dipukul kerana nakal, tetapi hanya kerana terlepas tren. Anaknya dipukul bertubi-tubi bukan sahaja pukul di perut, malah ditarik tangannya. Insiden itu membuatkan anaknya berada dalam ketakutan dan kebimbangan orang awam di kawasan sekitar. Walaupun telah ditegur oleh petugas, tetapi wanita itu tidak mempedulikannya. "Saya tidak percaya ada ibu yang tergamak untuk mendera anaknya begitu di depan orang ramai. Kalau begini di tempat awam, bagaimana pula di rumah?" soal individu yang merakam video. Difahamkan, kerugian tiket kerana terlepas tren telah digantikan oleh penumpang lain yang bersimpati dengan keadaan anaknya. Rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa kanak-kanak malang itu. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!