SEORANG lelaki berusia 26 tahun akhirnya ditangkap selepas menikam mentuanya di Daerah Musi Rawas, Indonesia. Difahamkan, tindakannya itu kerana isterinya hampir diperkosa ayah tirinya sendiri yang kononnya ingin menumpang di rumah mereka. Ketika kejadian, suspek yang sedang berburu menerima panggilan telefon daripada isterinya yang meminta dia segera pulang. "Isterinya minta segera pulang kerana takut diperkosa mangsa. Setibanya di rumah, dia terus mengambil pisau di dapur dan mengejar mentuanya itu. "Tindakan mentuanya yang melawan menyebabkan dia menikam sebanyak tiga kali," ujar pihak berkuasa. Pun begitu, suspek kemudiannya menyerahkan diri selepas dua hari bersembunyi. - Kumparan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!