suria

Tragedi cirit birit! Jari tangan, kaki wanita bertukar hitam... Terpaksa dipotong kerana paras oksigen rendah

Keadaan jari tangan dan kaki Chon.

SEORANG wanita yang pergi ke hospital kerana cirit-birit teruk terkejut apabila komplikasi yang dialaminya menyebabkan jari tangan dan kakinya dipotong.

Dia yang baru berusia 30 tahun dari Chon Buri, Thailand dikejarkan ke pusat perubatan untuk rawatan kecemasan pada 12 April selepas didapati mengalami tekanan darah rendah yang kritikal.

Suaminya, Chai berkata, doktor memaklumkan isterinya mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis.

Dia mendakwa dia diberi borang kebenaran untuk ultrasound dupleks karotid walaupun isterinya kelihatan tidak pasti tentang pembedahan itu, Chai memberi kebenaran kepada kakitangan perubatan.

Tetapi Chai, 42, terkejut apabila mengetahui isterinya diberi pembedahan usus buntu dan perlu berada di hospital sehingga 20 April berikutan prosedur itu.

Namun pada masa, isterinya tidak diperiksa oleh mana-mana doktor kerana cuti Songkran.

Lama kelamaan, Chai mendapati keadaan isterinya mula merosot sehingga jari tangan dan kaki menjadi hitam selain tidak bertindak balas semasa perbualan.

Pemeriksaan yang dilakukan pasukan perubatan kemudiannya mendapati itu mengalami sepsis iaitu jangkitan darah serius yang boleh menyebabkan paras oksigen menjunam.

Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawanya, doktor memotong semua jari kanannya, beberapa jari dari tangan kirinya dan kesemua jari kakinya.

Wanita itu akhirnya telah keluar dari hospital pada 26 April. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain