SEORANG wanita menyedari jirannya memasang pagar di halaman rumah kerana mereka muak melihat dirinya berbikini. Selain suka berenang, Nicole dari Texas, Amerika Syarikat (AS) sering berjemur di tepi kolam renang. Beberapa bulan lalu, dia mengetahui jirannya memasang sambungan pada pagar di halaman rumah mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berbikini selamba 'photobomb' pengantin ARTIKEL BERKAITAN: Cara unik kitar semula makanan, wanita guna kubis sebagai bikini Nicole bagaimanapun memahami bahawa dirinya mungkin menjadi punca jirannya memasang pagar tinggi. Namun, dia melihat perkara itu dari sudut yang positif apabila pemasangan pagar tersebut menjadikan kolam renangnya sebagai kolam persendirian. Ia sekali gus memberikan Nicole lebih privasi dan kebebasan. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube