KECOH seorang lelaki dalam keadaan berbogel memecah masuk sebuah rumah dan mencuri telefon bimbit. Malah, si pencuri juga sempat mandi di rumah mangsa. Memetik laporan Kompas, kejadian berlaku di Balikpapan di Indonesia, pada Jumaat. Pencuri yang merupakan remaja lelaki berusia 16 tahun itu memasuki beberapa buah rumah di Kampung Telaga Sari. ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah rompak, lelaki sempat raba pemilik kedai ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri malang! Nasib tak baik, tersepit 5 jam pada pintu besi sebelum ditahan polis Dalam kejadian itu, suspek menanggalkan semua pakaiannya terlebih dahulu sebelum memecah masuk ke rumah pertama. Pada mulanya, dia masuk ke bilik seorang wanita sebelum panik melarikan diri selepas mangsa menjerit. Selepas mencuri telefon bimbit di rumah kedua, lelaki itu kemudian memecah masuk rumah yang lain untuk mencuri ayam. Bagaimanapun, pencuri itu kemudian berjaya ditangkap oleh penduduk kampung. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube