suria

Menyesal bayar jurusolek RM7,758 tapi hasilnya ‘ke laut’, pengantin luah rasa sedih di media sosial

Pengantin perempuan itu meluahkan rasa sedih di media sosial.

SETIAP wanita yang bergelar raja sehari pasti ingin kelihatan cantik dan jelita pada hari bahagia mereka.

Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi mendapatkan khidmat jurusolek terbaik.

Begitu juga kisahnya dengan seorang wanita ini yang 'melaburkan' wang berjumlah 25 juta rupiah (RM7758) untuk mengupah jurusolek bagi menata rias wajahnya namun berakhir dengan rasa kecewa gara-gara hasil solekan yang sama sekali tidak menepati jangkaan.

Pengantin wanita tersebut turut memuat naik video hasil solekan wajahnya di akaun TikTok milikny, @ghaziyah_n.

"Jangan ajar saya untuk bersabar. Saya pernah membayar Rp 25 juta untuk solekan perkahwinan dan inilah hasilnya," katanya dengan riak wajah yang sedih.

Wanita itu berkata dia meminta gaya solekan yang ringkas dan 'soft'.

"Tapi kenapa jadi macam ni?" katanya lagi.

Ujarnya, dia terpaksa menyembunyikan rasa sedih dan berpura-pura kekal tenang serta gembira di hadapan 1,500 tetamu jemputan majlisnya.

"Jurusolek saya berusia lebih 50 tahun dan tidak diragui pengalamannya. Dia memulakan kerjayanya pada usia 18 tahun.

"Malah saya dicadangkan menggunakan khidmatnya kerana dia banyak menyolek klien untuk majlis hebat. Daripada mahu nampak simple, sekarang jadi begini," sambungnya.

Video yang dimuat naik olehnya menjadi viral dan meraih lebih 6.1 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib pengantin wanita itu. -Detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain