suria

Petani buat warga maya terkejut, berani selamatkan lembu peliharaan daripada cengkaman singa

Petani berkenaan cuba menghalau singa yang menyerang lembunya.

SEORANG petani di Gujerat, India, mengejutkan warga maya apabila berani menyelamatkan lembunya yang sedang diserang seekor singa.

Video kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan seekor singa sedang menerkam lembu milik petani berkenaan dan mencengkam leher haiwan itu.

Tanpa rasa gentar, petani itu menghampiri singa tersebut dalam cubaan untuk menakutkannya dan menghalau haiwan pemangsa berkenaan.

Cubaannya berjaya apabila singa tersebut serta merta melepaskan lembu daripada cengkamannya dan kemudian melarikan diri ke dalam belukar.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang individu yang sedang melalui jalan berkenaan dengan menaiki kereta. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain