suria

Kedai hangus terbakar, pemilik menjerit tengok orang kampung larikan barang guna guni - “Kamu semua gila”

Tangkap layar video kejadian yang tersebar di media sosial.

VIDEO memaparkan penduduk kampung berpusu-pusu mencuri barang dari sebuah kedai yang baru dijilat api tular di media sosial.

Ketika kejadian, individu yang membuat rakaman video, dipercayai pemilik kedai terpaksa merayu kepada pelaku agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.

"Pergilah, tolonglah... Kamu semua tak ada hati ke? Jangan ambil, tinggalkan barang ini semua. Tinggalkan. Kamu semua gila," ujar wanita itu sebak.

Dalam video itu, kelihatan ramai lelaki dan wanita berada dalam premis tersebut sebelum mereka melarikan pelbagai barangan yang diletakkan di dalam guni putih.

Malah, ramai penduduk kampung yang lain dilihat tercegat di seberang jalan sambil menyaksikan kejadian kecurian itu

ARTIKEL BERKAITAN: 4 beradik maut rumah terbakar, ibu terkilan tak sempat beli baju raya hitam

Video kejadian di Indonesia itu bukan sahaja tular di aplikasi TikTok, malah turut tersebar ke laman Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Tergamaknya. Ada ya orang sejahat itu?

"Ini (pencuri) sesuai kena api juga.

"Barang yang diambil, diguna dan dimakan pasti tak berkat.

"Ya ini sisi gelap masyarakat kita," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain