suria

Tragis! Kerana dendam, empat sekeluarga termasuk bayi 6 bulan dikelar, mayat kemudian dibakar

Empat sekeluarga dibunuh dengan kejam dalam kejadian di Jodhpur, India. -Gambar Freepressjournal

EMPAT sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan dibunuh dengan kejam oleh individu yang tidak dikenali di sebuah perkampungan di Cheria Ramnagar, Jodhpur, India.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam Selasa lalu itu, penjenayah berkenaan dilaporkan mengelar leher kesemua ahli keluarga tersebut dan membakar rumah yang didiami mereka.

Penjenayah itu kemudian melarikan diri.

Penduduk kampung yang menyedari kebakaran berkenaan memaklumkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Poonaram (55), isterinya Bhanwari (50), menantu mereka Dhapu (23) dan bayi perempuannya, Manisha.

Manakala seorang lagi ahli keluarga tersebut iaitu anak lelaki Poonaram, tidak berada di rumah kerana keluar bekerja di sebuah kuari ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap polis, hasil siasatan awal menunjukkan motif kejadian mempunyai kaitan dengan pertikaian atau isu keluarga.

Susulan daripada kejadian itu, anak saudara Poonaram iaitu Pappuram yang berusia 20 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek mengaku bertanggungjawab mealukan pembunuhan tersebut kerana dendam.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa bahawa bapa saudaranya, Poonaram terlibat dengan kematian abang kandungnya beberapa bulan lalu. -Timesofindia

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain