RIBUAN ikan yang berbentuk seperti kemaluan lelaki dihanyutkan ke persisir pantai di Argentina selepas kejadian ribut pada Isnin. Haiwan dikenali sebagai urechis unicinctus atau ikan zakar itu terdampar di kawasan Multillar, utara Rio Grande sehingga ia kecoh diperkatakan penduduk setempat, lapor Daily Mail. Nelayan tempatan turut berpusu-pusu ke pantai untuk mengambil ikan berkenaan kerana ia dianggap sebagai umpan yang bagus untuk untuk memancing siakap. Meskipun memiliki bentuk yanga aneh, hidupan berkenaan sering menjadi buruan, khusunya di Asia kerana khasiat perubatannya. ARTIKEL BERKAITAN: Ikan berbentuk kemaluan lelaki jadi menu popular di Korea, rasa kenyal apabila digigit Malah, ikan zakar yang juga spesies cacing sudu itu merupakan salah satu menu kulinari eskstem di Korea Selatan yang mana ia dikenali sebagai gaebul. Ia diklasifikasikan sebagai menu ekstrem kerana dihidangkan mentah seperti sashimi di Jepun. Secara tradisinya, ia dihidangkan mentah dengan cara dihiris dan dicicah bersama sos pedas yang diperbuat daripada minyak bijan dan garam serta sos asam pedas yang diperbuat daripada cuka dan pes cili Korea (gochujang). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube