suria

Anak sakit tenat kerana penyakit misteri, bapa sanggup buka 'makmal perubatan' di rumah

Ayah ini membuat ubat sendiri untuk merawat sakit anaknya.

KASIH sayang seorang bapa tiada penghujungnya.

Demi memastikan anaknya yang sakit terus hidup, seorang bapa di China menghasilkan sendiri ubat dengan berpandukan rawatan eksperimen yang digunakan di Amerika Syarikat.

Xu Wei, 30, melakukannya sebagai rawatan alternatif buat anak lelakinya, Haoyang yang berusia setahun dan disahkan menghidap penyakit Menkes iaitu gangguan genetik jarang berlaku.

Awalnya, Xu menghubungi syarikat pembekal dan berharap boleh membuat 'histidine' iaitu asid amino tembaga untuknya.

Bagaimanapun, kosnya terlalu mahal dan kelulusan yang diperlukan untuk mengeluarkannya boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Xu enggan berputus asa dan mula belajar sendiri dengan meneliti kertas penyelidikan Amerika Sytarikat mengenai cara membuat histidine tembaga.

Akhirnya, bapa itu memutuskan untuk membuat ubat berkenaan di rumah dengan hanya peralatan bernilai 20,000 yuan (RM12,691).

Selepas menghasilkan ubat itu, Xu mula-mula mengujinya pada arnab.

Melihat haiwan itu selamat, Xu mengujinya pada dirinya sendiri.

Selepas berasa ia selamat, Xu menyuntik dos kecil ke dalam anaknya dan kemudian meningkatkan dos biasa dari situ.

"Rawatan itu tidak menjadikan anak saya lebih baik, tetapi ia menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.

"Dia menghabiskan hampir sepanjang hari berbaring, tetapi apabila orang cuba mengusiknya, dia tersenyum," kata Xu dalam satu temu bual.

Difahamkan, Xu mencari rezeki dengan menjual soket elektrik dalam talian untuk membesarkan anak lelakinya. - India Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain