SEORANG pemuda didakwa di mahkamah kerana menceroboh masuk ke dalam rumah model kandungan dewasa, bersembunyi di loteng dan mengambil gambar serta video bahagian intim wanita tersebut semasa mangsa tidur. Mauricio Guerrero, 21, memecah masuk rumah wanita itu sebanyak lima kali secara berasingan antara Januari dan Februari tahun lalu, mahkamah diberitahu. Guerrero, yang berusia 19 tahun ketika ditangkap, kemudian mendakwa wanita itu 'suka' dan 'gemar diintai'. Guerrero sanggup mengembara sejauh 355 batu (571 kilometer) dari rumahnya di Bensalem, Pennsylvania, ke rumah wanita itu di Somersworth, New Hampshire, sebelum menceroboh masuk. Dia kemudian akan menunggu mangsa tertidur sebelum mengambil gambar dan videonya. Bagaimanapun, selepas perbicaraan lima hari, pemuda yang digelar 'pengintai dari loteng' itu dipenjarakan selama setahun selepas disabitkan dengan enam pertuduhan jenayah menceroboh, pecah rumah dan pencerobohan privasi. -Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube