MAHKAMAH Daerah Sibolga di Sumatera Utara, Indonesia, membebaskan Siska Telaumbanua daripada tuduhan menikam kemaluan teman lelakinya. Pada petang 25 Februari lalu, Siska bergelut dengan Otomasi Gulo, 28, selepas dia menolak permintaan lelaki itu yang mengajaknya berasmara di Hotel Sambas Baru di Sibolga. Teman lelakinya mengambil sebilah pisau dan mengugut untuk menyebarkan video seks mereka yang dirakam sebelum ini. Siska yang ketakutan merampas pisau itu sebelum dia menikam bahagian alat sulit lelaki berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Jual gado-gado terlalu murah, lelaki tak puas hati tergamak tikam paha isteri Lelaki itu kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Metta Medika Sibolga dengan bantuan kakitangan hotel dan atas permintaan Siska. Kejadian itu dilaporkan kepada polis yang membawa kepada penahanan Siska. Dalam perkembangan terbaharu, hakim yang diketuai Grace Martha Situmorang pada Rabu menolak tuntutan penjara tiga tahun enam bulan yang dikemukakan oleh pendakwa raya terhadap Siska. Grace berkata, walaupun mahkamah mendapati Siska memang melakukan perbuatan itu, ia adalah cara mempertahankan diri dan bukannya satu perlakuan jenayah. — The Jakarta Post/ANN Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube