suria

Skibidi Toilet makin viral! Budak berwajah pasrah duduk dalam bakul... Netizen syak dipaksa buat video

Aksi kanak-kanak meniru animasi berkenaan tular di media sosial sehingga ia menjadi kebimbangan ramai.

KEBANJIRAN video di media sosial bukan sahaja menjadi bahan tontonan, malah aksi-aksi yang dipamerkan turut menjadi ikutan ramai.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai fenomena kartun Skibidi Toilet di laman YouTube yang kini trending dan semakin menjadi kegilaan ramai.

Bagi yang tertanya-tanya, animasi tersebut menampilkan karakter-karakter kepala lelaki yang muncul dari mangkuk tandas.

Karakter yang kelihatan pelik dan agresif itu akan mengulangi lirik "skibidi bombombom' sehinggalah butang flush ditekan yang mana aksi tersebut turut ditiru ramai termasuk kanak-kanak.

Menerusi laman TikTok, ramai yang cuba meniru aksi kartun itu dan mereka menggunakan bakul dan tong sampah sebagai pengganti kepada mangkuk tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Trend jijik! Abang sado jadi pengotor pindahkan air suplemen dari mulut ke mulut, doktor kata bahaya boleh sebabkan kematian

Video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang meniru aksi itu dengan duduk mencangkung di dalam bakul dengan reaksi wajah ‘ganas’ turut meraih setengah juta tontonan di TikTok.

Di ruangan komen, segelintir netizen turut menyelar individu dewasa yang membiarkan kanak-kanak itu melakukan aksi berkenaan.

Malah, mereka turut membuat andaian bahawa kanak-kanak itu disuruh melakukan aksi itu untuk dijadikan sebagai content media sosial semata-mata.

"Pada tahap ini saya rasa dia dipaksa untuk melakukan aksi ini.

"Saya fikir dia dipaksa melakukannya.

"Sila berkelip (mata) kalau awak dalam bahaya," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain