suria

Gara-gara 'lepas hajat' tepi jalan, lelaki diserang lebih 10 monyet hingga jatuh tebing setinggi 50 meter

Manee terjatuh dari tebing ketika mengelak serangan sekumpulan monyet.

PADAH kencing di tepi jalan, seorang lelaki diserang sekumpulan 10 ekor monyet sehingga mengalami kecederaan parah.

Kejadian yang berlaku di Ranong, Thailand itu turut mengakibatkan Manee Chitdutsadee, 44, terjatuh dari tebing setinggi 50 meter ketika cuba mengelak daripada serangan berkenaan.

Malah, kumpulan haiwan tersebut terus mengejarnya sehingga ke bawah tebing sebelum dia diselamatkan oleh seorang pengguna jalan raya yang turut melalui laluan berkenaan.

Pihak berkuasa dan orang awam membawa Manee naik dari tebing setinggi 50 meter.

Pihak berkuasa dan orang awam membawa Manee naik dari tebing setinggi 50 meter.

Keadaan Manee bagaimanapun dilaporkan stabil dan pulih selepas dirawat di Hospital Sawee di Ranong.

Pun begitu, kecederaannya pada masa ini tidak diketahui walaupun disahkan seorang pemandu telah campur tangan dan memaklumkan pihak berkuasa.

Terdahulu, ia bukanlah satu-satunya serangan monyet yang berlaku dengan Daily Star sebelum ini pernah melaporkan beberapa insiden berbahaya yang melibatkan monyet mabuk.

Haiwan itu didakwa menyerang sehingga 4,000 orang dalam tempoh tiga bulan ketika penduduk tempatan membiarkan primata itu minum minuman keras bersama mereka. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan