suria

Derita 12 tahun dikurung suami... Isteri kurang zat dibiar separuh bogel, kepala botak

Flat yang dihuni suspek bersama mangsa. -Gambar AFP / Getty Images

SEORANG wanita akhirnya diselamatkan selepas dia didakwa dikurung suaminya selama 12 tahun.

Wanita itu ditemui di bilik tidur flatnya di bandar Forbach, Perancis pada Isnin.

Mangsa berusia 53 tahun, Alicia mendakwa suaminya menculik dan mengurungnya di rumahnya sendiri sejak 2011.

Alicia hanya berjaya keluar dari 'neraka' itu selepas memperoleh telefon bimbit dan menghubungi polis pada Ahad, lapor akhbar Jerman, Bild.

Polis bersama pihak berkuasa di Perancis kemudian melancarkan misi menyelamat.

Ketika menyerbu kediaman di sebuah flat, seorang wanita separuh bogel dengan kepala dicukur ditemukan di bilik tidur.

Penyiasat berkata, mangsa kurang zat dan mengalami banyak kecederaan.

Suspek pada mulanya menafikan perkara itu dan mendakwa isterinya menghidap penyakit kanser dan mahu menjaganya.

Bagaimanapun, suami mangsa ditahan pada Isnin kerana disyaki melakukan penculikan dan penyeksaan.

Dilaporkan, seorang jiran pernah menghubungi polis pada 2019 selepas mendengar jeritan seorang wanita.

Namun apabila seorang anggota ke rumah mangsa untuk menyiasat, suspek dilaporkan berkata semuanya dalam keadaan baik. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain