suria

Lelaki ‘nervous’ seludup 14 ular, seekor tercicir dari seluar dalam

Antara 14 ular yang diseludup. -Gambar General Administration of Customs/AsiaWire

CUBAAN seorang lelaki untuk melepasi kastam dengan menyeludup 14 ekor di dalam seluarnya ular gagal.

Suspek cuba membawa 14 ular hidup melalui sempadan antara tanah besar China dan Hong Kong.

Ejen di Kastam Huanggang, sebelah sempadan Cina, menemui 14 ekor ular berbalut stoking kapas dan stoking, yang tercicir dari seluar dalamnya.

Lelaki itu berpakaian hitam dan bertopi putih, dilihat berjalan dalam keadaan gementar sambil memeriksa poketnya sebelum ejen menemui koleksi reptilia itu, lapor Metro.

Lelaki (kiri) diperiksa oleh pegawai kastam. -Gambar General Administration of Customs/AsiaWire

Lelaki (kiri) diperiksa oleh pegawai kastam. -Gambar General Administration of Customs/AsiaWire

Susulan penemuan itu, kesemua ular dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh pegawai kastam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Tiga daripada 14 ular yang diseludup adalah ular sawa daripada spesies 'hampir terancam' yang disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Reptilia dalam 'Senarai Merahp itu telah disumbat ke dalam seluar dalam lelaki itu.

Undang-undang di China menjelaskan mana-mana haiwan yang dibawa masuk dan keluar dari negara itu mesti diperiksa dan dikuarantin sebelum mia boleh dilepaskan secara sah.

Ini bermakna 14 ekor ular yang tidak berjaya diseludup melalui sempadan memerlukan perintah kuarantin dan pemeriksaan seterusnya untuk memeriksa penyakit. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain