MAJLIS perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dengan meriah bertukar tragedi apabila dekorasi pelamin roboh. Pelamin tiba-tiba runtuh ketika majlis resepsi perkahwinan satu pasangan pengantin sedang berlangsung. Lebih menyedihkan apabila runtuhan itu menimpa pengantin perempuan. Kejadian berlaku di Banjar, Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia, pada 15 Julai lalu. Keadaan itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan keluarga kedua-dua pengantin, termasuk para tetamu. Pengantin perempuan juga menangis kerana terkejut. Acara perkahwinan yang sedang berlangsung terpaksa dihentikan demi keselamatan. Menerusi satu perkongsian di media sosial, punca pelamin tersebut roboh tidak dinyatakan. Namun, runtuhan dipercayai berpunca daripada angin kuat di belakang pelamin. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube