SEORANG wanita terkejut apabila menemui sebilah mata kail dalam menu masakan ikan keli yang dipesannya dari sebuah restoran. Wanita yang dikenali sebagai Jun, 31, memesan makanan menerusi khidmat penghantaran makanan (food delivery) dari sebuah restoran yang terletak di Pak Kret, Nonthaburi, Thailand. Dia dan seorang rakan memesan beberapa jenis makanan seperti ikan keli goreng, nasi putih dan nasi berlauk kambing dari restoran dari restoran berkenaan pada 27 Julai lalu. Ketika sedang menikmati makanan tengah hari itu, Jun menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut. Wanita itu segera menghubungi pihak restoran itu namun kakitangannya menegaskan bahawa mereka telah membersihkan ikan tersebut dengan teliti. Katanya, pihak restoran menawarkan menu sama sebagai ganti rugi. Walaubagaimanapun, wanita itu memilih untuk menerima bayaran balik sebanyak 120 baht (RM15.70). Trauma dengan apa yang dialami, wanita itu menasihatkan pihak restoran untuk lebih berhati-hati ketika mengendalikan makanan supaya kejadian sama tidak berulang kembali kepada orang lain. -Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube