suria

Mayat ditemukan dalam kereta mewah tanpa seurat benang, pasangan kekasih disyaki keracunan gas karbon monoksida

Orang ramai mengerumuni lokasi penemuan mayat kekasih berkenaan. -Gambar Tribunnews

SEORANG lelaki dan wanita, dipercayai pasangan kekasih, ditemukan maut dalam sebuah kereta akibat keracunan gas karbon monoksida.

Identiti mangsa lelaki dikenali dengan inisial ZF berusia 22 tahun, manakala mangsa wanita dikenali sebagai WNP, 24 tahun, dan kedua-duanya berasal dari Banda Aceh, Indonesia.

Pasangan tersebut ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang di dalam sebuah kereta mewah oleh penduduk setempat.

Ketika ditemui pada Isnin lalu, kedua-duanya sudah tidak bernyawa namun enjin kenderaan masih hidup, tingkap serta pintu kereta juga tertutup rapat dalam keadaan pendingin hawa masih dipasang.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Fadillah Aditya Pratama berkata, daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan doktor, kedua-dua mereka disyaki meninggal dunia akibat terhidu gas beracun.

"Betul, disyaki ia berpunca daripada terhidu udara atau gas beracun dari dalam kereta," katanya.

Tambahnya, tiada sebarang tanda kecederaan lain ditemui pada anggota tubuh kedua-dua mangsa.

Malah barangan berharga seperti beg tangan dan telefon bimbit turut ditemui di dalam kereta.

Keluarga kedua-dua mangsa juga tidak mahu melakukan bedah siasat dan jenazah sudah diserahkan untuk urusan pengebumian.

Video ketika penemuan mayat tersebut turut tular di laman TikTok. -Tribunnews.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain