suria

Bapa ikat kaki dan tangan, pukul anak dengan kayu sebagai hukuman ponteng sekolah

Video yang memaparkan seorang bapa sedang 'menghukum' anaknya kerana ponteng sekolah.

SEORANG lelaki bertindak mengikat kaki dan tangan anak lelakinya yang berusia 10 tahun dan kemudian memukul kanak-kanak tersebut gara-gara ponteng sekolah.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan di Uttar Pradesh, India pada 3 Ogos lalu.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki yang dikenali sebagai Prajapati dilihat memukul anak lelakinya dengan sebatang kayu sehingga patah, sebelum menyambung 'hukuman' dengan sebatang buluh.

Anak lelakinya yang terbaring di tanah pula menangis sambil merayu-rayu supaya tidak terus dipukul.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis yang bertindak selepas penularan video berkenaan kemudian menahan Prajapati.

Jurucakap polis berkata, anak lelakinya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dia menambah siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan. -India

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain