suria

Masalah enjin jadi punca, pesawat terpaksa mendarat atas jalan raya... Mujur tak langgar kereta!

Pesawat itu terpaksa mendarat gara-gara masalah enjin.

SEBUAH pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas di atas jalan raya di Cheltenham, Gloucestershire, pada Khamis petang.

Gambar dari lokasi menunjukkan sebuah pesawat ringan berwarna kuning tersangkut di atas pembahagi jalan berdekatan Lapangan Terbang Gloucestershire, antara Gloucester dan Cheltenham.

Sejurus kejadian itu, trafik turut terganggu dan pasukan penyelamat dilihat bergegas untuk memeriksa pesawat berkenaan.

"Kami dipanggil kira-kira jam 6 petang Khamis dengan laporan sebuah pesawat ringan telah mendarat di A40 Golden Valley.

"Tiada sesiapa yang cedera dan difahamkan tiada kenderaan lain terlibat. Polis masih berada di tempat kejadian buat masa ini," ujar polis Gloucestershire dalam satu kenyataan.

Tambah polis, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas gara-gara mengalami masalah enjin. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain