suria

Saintis jelita bimbang suhu laut meningkat, makin ramai jadi mangsa serangan jerung

Moore memberi amaran tentang kaitan antara peningkatan suhu laut dengan kes serangan jerung.

AHLI sains geo, Rosie Moore memberi amaran bahawa peningkatan suhu laut boleh menjadi punca jerung berhijrah ke kawasan beriklim lebih sejuk seperti United Kingdom (UK).

Komen itu dibuat selepas seorang wanita diserang seekor jerung di Pantai Rockaway di New York pada Isnin, menyebabkan mangsa mengalami luka teruk dan kini berada dalam keadaan kritikal.

"New York, sama seperti UK, mempunyai garis pantai hemisfera utara yang lebih sejuk dan jarang berlaku interaksi antara jerung dan manusia di perairan tersebut sebelum ini.

"Pakar menyatakan suhu laut yang tinggi mendorong spesies jerung untuk berhijrah dari hemisfera selatan yang lebih panas dan kurang padat penduduk ke kawasan utara yang lebih sejuk dan lebih padat.

"Dinamik mangsa pemangsa juga boleh mendorong jerung lebih dekat ke pantai atau ke wilayah baharu, yang berpotensi membawa kepada peningkatan interaksi dengan manusia," kata saintis jelita itu.

Dia juga menyatakan bahawa bilangan manusia yang semakin bertambah meningkatkan kemungkinan interaksi dengan jerung.

"Terdapat peningkatan ketara dalam laporan serangan jerung di seluruh dunia dalam beberapa dekad yang lalu. Kadar serangan jerung, diukur sebagai pertemuan bagi setiap juta orang, adalah faktor penting.

"Memandangkan populasi global meningkat daripada 2.5 bilion pada tahun 1950 kepada lebih 8 bilion hari ini, kita mungkin melihat peningkatan beransur-ansur dalam laporan serangan jerung," jelasnya lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain