suria

Isteri orang tergamam dapat surat cinta diselit celah kusyen, pengirim siap ajak keluar bersama

Surat cinta diselitkan di sofa untuk Maceon.

UMPAMA trend, isteri orang semakin menjadi pilihan kebanyakan lelaki berbanding anak gadis mahupun janda.

Perkara sama turut berlaku di Amerika Syarikat apabila seorang wanita menerima 'surat cinta' daripada juruteknik elektrik yang datang ke rumahnya bagi membaiki kerosakan kipas.

Berkongsi kisah yang dialaminya itu, Maceon McCracken mengakui trauma dengan tindakan lelaki terbabit yang cuba menganggu hidupnya meskipun sudah mengetahui status perkahwinan.

Apa yang mengejutkan adalah, individu terbabit tanpa rasa segan silu meluahkan isi hatinya.

Malah pada ketika itu, suami dan ayah mentuanya berada di ruangan pameran di bahagian bawah kedai perabot milik suaminya.

"Saya ingin mengubah sofa serta katil... dan meminta dia membantu tapi jawapan yang diberikan agak mengejutkan 'oh saya lebih suka mengambil arahan daripada awak pula'.

"Disebabkan itu, saya terus ke pejabat dan melakukan kerja di situ," luahnya.

Tak lama kemudian, lelaki terbabit meminta izin untuk menggunakan tandas dan pada masa sama menyatakan 'awak cantik' pada Maceon.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan ketersediaan untuk membawa Maceon keluar meskipun sudah mengetahui wanita itu berkahwin.

Malah dia dengan nada bersahaja menyatakan "Tetapi itu tidak mengganggu saya dan jika anda mahu keluar bersama suatu masa, beritahu saya".

"Dia juga menyelitkan nota untuk saya di bawah kusyen sofa yang diubah bersama. Disebabkan itu, saya memaklumkan kepada suami," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain