suria

Janji 'bulan bintang' kepada pelanggan, rupanya polisi palsu... Bekas ejen insurans ditahan lepas kaut untung lebih RM287,000

Polis menyoal siasat bekas ejen insurans berhubung penjualan polisi palsu.

SEOLAH-olah memanfaatkan 'pengalaman' yang ada, seorang bekas ejen insurans bertindak menjual polisi palsu kepada pelanggannya.

Malah, dia berjaya mengaut keuntungan sehingga RM287,667 (22 juta baht).

Pegawai dari Bahagian Penindasan Jenayah Ekonomi menahan lelaki berusia 45 tahun itu, pada Sabtu di sebuah stesen minyak di Chon Buri.

Dia juga mempunyai tiga waran tertunggak.

"Suspek dikehendaki kerana memalsukan dokumen, menipu individu dan memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer.

"Caj itu berpunca daripada penjualan polisi insurans hayat dan kegagalan untuk benar-benar menetapkan polisi tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, kesalahan lain yang dilakukannya adalah memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer dan mengenakan bayaran untuk 'perkhidmatan' yang disediakannya.

Difahamkan, seorang wanita turut terlibat dalam kegiatan penipuan tersebut malah telah memalsukan dokumen termasuk slip transaksi perbankan.

Pun begitu, suspek menafikan pertuduhan ke atasnya. - Bangkokpost

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain