suria

Sekolah usang! Siling, dinding runtuh selepas 30 tahun dibina bahayakan murid

Keadaan runtuhan di beberapa buah sekolah usang.

SENARAI sekolah kerajaan yang berpotensi runtuh selepas dibina dengan konkrit berkualiti rendah semakin meningkat.

Menurut laporan MailOnline, susulan daripada itu, ibu bapa bertungkus-lumus membuat pengaturan anak masing-masing pada saat akhir selepas perintah menutup lebih 100 bangunan sekolah beberapa hari sebelum penggal diumumkan.

Perkara tersebut mengakibatkan keluarga terlibat melepaskan kemarahan mereka kepada Jabatan Pendidikan (DfE).

Mana tidaknya, DfE memaklumkan 104 sekolah ditutup selepas mendapati struktur bangunan dibuat menggunakan konkrit berudara autoklaf bertetulang (RAAC) iaitu bahan yang digunakan secara meluas pada separuh kedua abad ke-20 dengan jangka hayat 30 tahun.

Terdahulu, satu laporan pada bulan Jun memberi amaran bahawa lebih 400 sekolah lain mungkin menggunakan bahan tersebut dengan 700,000 murid terlibat.

Kesemua sekolah berkenaan memerlukan pembinaan semula secara besar-besaran termasuk bangunan awam lain seperti hospital dan mahkamah yang berisiko runtuh.

DfE tidak menerbitkan senarai sekolah yang terjejas pada hari Khamis, malah jurucakap sebaliknya menyatakan sebahagian kecil sekolah perlu sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya berpindah ke lokasi baharu sementara langkah keselamatan dipasang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain