suria

"Biohazard" - Juruterbang buat u-turn, lakukan pendaratan cemas gara-gara penumpang pesawat cirit birit teruk

Juruterbang terpaksa melakukan pendaratan cemas disebabkan salah seorang penumpang alami cirit birit teruk.

SEBUAH pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah seorang penumpangnya mengalami cirit-birit teruk sehingga disifatkan sebagai 'biohazard'.

Malah penerbangan dari Atlanta ke Barcelona mengambil masa dua jam selepas juruterbangnya terpaksa memusingkan pesawat pada hari Jumaat bagi melakukan pendaratan cemas.

Bercakap kepada kawalan trafik udara, kapten berkata ia adalah isu biohazard.

"Kami mempunyai penumpang yang mengalami cirit-birit sepanjang perjalanan, jadi kami perlu kembali ke Atlanta," katanya.

Pramugari di dalam pesawat cuba menyental kekotoran sebelum pesawat mendarat namun semburan pembasmi kuman tidak cukup berkesan untuk menghilangkannya.

Seorang wanita yang pasangannya berada di atas kapal itu menyatakan situasi yang berlaku agak teruk kerana laluan antara tempat duduk dipenuhi najis serta berbau busuk.

“Pembasmi kuman dengan wangian vanila yang digunakan padanya hanya menyebabkan bau busuk seperti vanila.

"Selepas pesawat mendarat, ia telah dibersihkan dengan teliti," tambahnya.

Menurut data Flightradar24, penumpang yang penerbangannya tergendala telah dipindahkan dari pesawat Airbus A350 ke jet lain dan berjaya ke Sepanyol selepas lapan jam lewat daripada yang dijadualkan.

Berdasarkan rekod penerbangan, pesawat yang tercemar itu tertakluk kepada pembersihan yang mendalam selepas pendaratan kecemasan dan sejak itu telah digunakan untuk perjalanan lain.

Terdahulu, Delta Airlines mengesahkan seorang penumpang mengalami masalah kesihatan serius namun enggan mengulas lanjut.

"Ia berlaku selepas penumpang bersungguh-sungguh merayu agar topeng oksigen digugurkan ketika kabin pesawat mula dipenuhi asap di udara," tambahnya. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan