suria

Bahagia sulam cinta beza usia 55 tahun... Pemuda nikahi nenek sayu isteri meninggal dunia

Kisah cinta Selamet bersama Nenek Rohaya berakhir selepas isterinya meninggal dunia. -Gambar Sripoku.com

SEORANG pemuda dan seorang nenek membuktikan hanya maut yang boleh memisahkan hubungan cinta mereka yang berbeza 55 tahun.

Kisah cinta Nenek Rohaya, 77, dan dan Selamet Riyadi, 22, pernah menjadi tular beberapa tahun lalu.

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, Nenek Rohaya meninggal dunia di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan di Indonesia, pada Rabu.

Memetik laporan detikSumbagsel, Nenek Rohaya meninggal dunia kerana sakit tua.

"Dia meninggal dunia kerana sakit tua. Nenek Rohaya kini berusia 77 tahun, sering sakit," kata Amzal, saudara Rohaya dan ketua dusun setempat dipetik sebagai berkata.

Selamet dan Nenek Rohaya mendirikan rumah tangga pada Julai 2017, ketika itu masing-masing berusia 16 dan 71 tahun.

Menurut Amzal, pasangan itu hidup bahagia sejak berkahwin sehingga kematian Nenek Rohaya.

"Mereka bahagia sejak berkahwin. Perkara utama ialah keharmonian, mereka saling-menyayangi," kata Amzal. - CNN Indonesia

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain