suria

Terselamat dari tragedi pesawat terhempas, juruterbang maut dalam nahas kedua

Otavio maut dalam nahas kedua. -Gambar Newsflash

SEORANG juruterbang yang terselamat dalam tragedi pesawat terhempas di hutan hujan Amazon tahun lalu dan ditemukan hidup selepas 13 hari, maut dalam nahas kedua pesawat di Amazon.

Pesawat yang dipandu Otavio Augusto Munhoz da Silva hilang di Amazon pada 28 Ogos.

Kakaknya melaporkan mengenai kehilangannya kepada pihak berkuasa pada 1 September.

Usaha pencarian mangsa dilancarkan, tetapi malangnya lelaki berusia 38 tahun itu ditemukan mati berdekatan pesawat yang musnah di Mucajai, utara Brazil.

Keluarga Otavio berkata, anak mereka yang bekerja sebagai juruterbang persendirian sering melintasi hutan hujan Amazon.

Polis kini menyiasat punca nahas tersebut.

Nahas tahun ini berlaku kira-kira 11 bulan selepas kali terakhir kehilangan Otavio.

Otavio memandu pesawat di kawasan Amazon pada 27 September 2022.

Pada mulanya dia dianggap hilang oleh pihak berkuasa, tetapi 13 hari kemudian ditemukan hidup-hidup oleh seorang pejalan kaki. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain