suria

Maut pisahkan pasangan beza usia 55 tahun... Permintaan terakhir suami ditolak Nenek Rohaya sebelum meninggal dunia

Selamet (kiri) dan Nenek Rohaya hidup bahagia meskipun berbeza usia 55 tahun. -Gambar ANTARA FOTO/Feny Selly

KISAH cinta berbeza usia 55 tahun antara pemuda berusia 22 tahun bernama Selamet dan Nenek Rohaya, 77, berakhir selepas wanita itu meninggal dunia pada Rabu.

Bagaimanapun, Nenek Rohaya terpaksa menolak permintaan terakhir Selamet.

Masalah ekonomi merupakan antara faktor permintaan suaminya terpaksa ditolak.

Kisah Selamet dan Nenek Rohaya menjadi perhatian apabila mendirikan rumah tangga pada Julai 2017, ketika itu masing-masing berusia 16 dan 71 tahun.

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, Nenek Rohaya meninggal dunia akibat sakit tua di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan di Indonesia, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia sulam cinta beza usia 55 tahun... Pemuda nikahi nenek sayu isteri meninggal dunia

Memetik laporan TribunTrends, Selamet dikatakan merancang untuk mengambil anak angkat.

Sebagai suami, Selamet mempunyai keinginan untuk mempunyai anak dalam keluarga kecilnya.

Namun malangnya, Nenek Rohaya menolak hasratnya itu.

Nenek Rohaya mengakui kini badannya tidak sihat seperti dahulu, lebih-lebih lagi usianya menghampiri 80 tahun.

Malah, Nenek Rohaya turut bercerita tentang keadaan rumah tangganya yang biasa-biasa sahaja.

Selamet hanya bekerja di kebun, jadi pendapatannya sering tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain