suria

Warna mata bayi 6 bulan bertukar biru selepas rawatan Covid-19

Warna mata bayi berukar biru.

SEJURUS selepas menjalani rawatan Covid-19, warna mata seorang bayi lelaki berusia enam bulan bertukar kepada biru.

Difahamkan, dia pada awalnya memiliki mata berwarna coklat.

Berdasarkan laporan, bayi yang berasal dari Thailand itu mengalami demam dan batuk selama satu hari.

Dia kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan sebelum disahkan positif Covid-19.

Bagi mengurangkan gejala yang dialami, dia diberikan ubat favipiravir selama tiga hari berturut-turut.

Namun selepas 18 jam rawatan diterima, ibunya mendapati terdapat perubahan mata pada bayi daripada warna coklat tua kepada biru cerah.

Susulan daripada itu, doktor menghentikan pemberian ubat berkenaan.

Selepas lima hari dihentikan, warna matanya kembali normal.

Sebagai rekod, favipiravir merupakan antivirus yang telah dipersetujui Kementerian Kesihatan Thailand pada 2022 sebagai ubat untuk merawat Covid-19 kepada kanak-kanak. - KOMPAS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain