suria

Warga asing amuk, serang penunggang motosikal akhirnya cedera parah... Kereta dinaiki terbalik akibat kemalangan

Tangkap layar rakaman yang tular memaparkan warga asing cuba menendang penunggang motosikal.

SEORANG lelaki warga asing yang hilang kawalan telah mengamuk selepas kemalangan kereta di Jalan Phraya Satcha di wilayah Chon Buri di Thailand.

Malah dia cuba menendang seperti 'kung fu' kepada seorang penunggang motosikal, sebelum kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya merempuh empat kenderaan lain.

Kejadian tersebut dirakam seorang pemandu Thailand pada 8 September dan berkongsi dalam talian.

Menerusi video itu, warga asing yang tidak berbaju mahupun berkasut memandu SUV Subaru putih ke kedai di tepi jalan dan menyebabkan kekecohan di jalan raya.

Keadaan bertambah buruk apabila lelaki warga asing itu keluar dari keretanya dan mendekati pemandu lain bagi meminta mereka berhenti.

Dia juga cuba menendang kepala penunggang motosikal yang enggan menuruti kehendaknya.

Lelaki warga asing itu kemudian menaiki keretanya semula dan memandu ke arah aliran lalu lintas sehingga menyebabkan perlanggaran dengan tiga kereta lain dan sebuah motosikal.

Ekoran daripada itu SUV yang dinaikinya terbalik sehingga mengakibatkan kecederaan parah padanya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain