suria

Gempa Maghribi: Lelaki selamatkan PS5 jadi perhatian, tak berbaju dan berkaki ayam

Seorang lelaki yang menyelamatkan konsol permainan PS5 (Play station 5) ketika gempa bumi di Maghribi.

GEMPA bumi di Maghribi, Afrika Utara mengorbankan lebih 2,000 nyawa.

Menurut CNN, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa berlaku sejurus selepas pukul 11 malam Jumaat itu berukuran 6.8 skala richter yang menggegarkan Ighil di Pergunungan Atlas.

Namun satu perkongsian di X (Twitter) Oussazeus, menarik perhatian warga maya menunjukkan foto seorang lelaki yang menyelamatkan konsol permainan PS5 (Play station 5) ketika berada di tengah jalan.

Kelihatan lelaki ini tidak berbaju, berkaki ayam dan hanya memakai seluar pendek ketika fotonya dirakam dari tepi.

“Lelaki ini telah meninggalkan rumahnya sambil membawa Playstation 5 selepas gempa bumi kuat melanda Maghribi,” tulis Oussama.

Perkongsian itu menjadi tular sehingga meraih kira-kira 60,000 tanda suka.

Untuk makluman, Playstation 5 merupakan satu konsol permainan yang dibangunkan Sony Interactive Entertainment.

Hasil carian di internet mendapati harga bagi sebuah PS5 dijual pada tanda harga 8,990 dirham (RM4,126) bagi satu unit.

Untuk rekod, pusat gempa terletak sedalam 18.5km, kira-kira 72km barat daya Marrakesh.

Gegaran dirasai di kebanyakab bandar di seluruh Maghribi, termasuk ibu kota, Rabat dan bandar perlabuhan terkenal, Casablanca.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain