suria

Budak umur setahun merangkak keluar lori selepas kemalangan, lari patah balik nampak ibu masih terperangkap

Mangsa merangkak keluar untuk mencari ibunya selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah lori.

SEORANG kanak-kanak lelaki terselamat dalam kemalangan membabitkan dua trak dalam insiden di Sumatera, Indonesia.

Apa yang mengejutkan, rakaman kamera papan pemuka yang tular menunjukkan kanak-kanak itu merangkak keluar dari lori untuk mencari ibunya.

Selepas berjaya merangkak keluar, Fatih Akbar yang berusia setahun dilihat berlari semula ke arah ibunya, Sri Devi yang masih terperangkap di dalam lori yang remuk teruk.

Kemalangan itu berlaku pada 9 September di wilayah Lampung.

“Kami mengesyaki pemandu lori kuning dan ungu itu tertidur ketika memandu menyebabkan kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah lagi lori,” kata Ketua Polis Trafik Lampung Tengah Wahyu Dwi Kristanto dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kepulangan berakhir tragedi! Lelaki terkejut jumpa ayah, anak terapung di lombong terbiar

Kedua-dua pemandu lori terselamat dalam kemalangan itu tetapi salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah di kepala, melecet di muka dan patah kaki kanan, lapor CNN Indonesia.

Wahyu berkata Sri Devi turut mengalami kecederaan manakala anak lelakinya lebam di mata kiri dan melecet di muka.

Sri Devi berkata, dia dan anaknya sedang tidur ketika kemalangan itu berlaku.

"Saya tidak tahu Fatih berada di luar lori sehingga dia datang ke arah saya," katanya sambil menambah anaknya berada dalam keadaan baik dan dirawat di hospital berdekatan. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain