AHLI politik wanita Colombia, Catalina Jaramillo kesal apabila video tidak senonoh dia dan teman lelakinya tersebar menerusi internet. Dalam video itu, Jaramillo, 44, dilihat tidak berbaju di atas katil sambil berbaring bersebelahan teman lelakinya. Dia turut bercakap tentang kempen pilihan raya sebelum video itu diakhiri dengan gelak tawa teman lelakinya. Video itu dihantar kepada ahli kempen pilihan raya melalui aplikasi WhatsApp pada 1 September sebelum ia tersebar meluas di internet. Bercakap kepada media, Jaramillo berkata video itu disebarkan tanpa kebenarannya dan dia kesal akan kejadian itu. Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, video tersebut sepatutnya kekal dalam simpanan peribadi sahaja. Untuk rekod, Jaramillo bakal bertanding untuk merebut kerusi dalam pilihan raya di Antioquia pada 29 Oktober depan. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube