suria

Tugu peringatan khinzir mabuk bakal dibina, penduduk mahu peristiwa 'istimewa' itu diingati

Swino dikatakan telah membuatkan kawasan perkampungan di Sungai DeGrey terkenal.

INSIDEN seekor khinzir yang pernah minum 18 tin minuman keras dalam satu malam sebelum menyerang seekor lembu 10 tahun lalu akan dijadikan tugu peringatan di Australia Barat.

Mana tidaknya, kejadian pelik yang berlaku itu telah membuatkan kawasan perkampungan berhampiran Sungai DeGrey terkenal.

Mengimbau peristiwa tersebut, seekor khinzir yang digelar Swino telah menggigit enam pek bir dan membawanya lari.

Pun begitu, haiwan liar berkenaan kembali ke kawasan perkhemahan tersebut dan 'bergaduh' dengan seekor lembu.

Perkara itu disedari salah seorang pengunjung di tapak perkhemahan berkenaan yang terkejut dengan bunyi bising.

"Pengunjung yang berkhemah bertentangan dengan kami mendengar bunyi bising.

"Jadi mereka mengeluarkan obor dan menyuluh ke arah bunyi tersebut sebelum mendapati terdapat khinzir yang sedang menggigit tin bir," katanya.

Bagaimanapun, Swino telah dilanggar kerata dan dibunuh beberapa minggu kemudian.

Susulan daripada itu, penduduk setempat mencadangkan supaya tugu peringatan Swino dibina di samping meletakkan beberapa fakta berkaitan haiwan tersebut. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain