SEORANG lelaki menunaikan janji sebelum berkahwin dengan menghadiahkan Bulan sempena hari ulang tahun isterinya. Sanjay Mahato yang berasal dari Jhargram, Bengal Barat, India dikatakan membeli sebidang tanah di Bulan atas nama wanita tersebut. Memetik portal India Today, Sanjay mendapat inspirasi untuk membeli tanah berharga 10,000 rupee (RM562) itu selepas kejayaan misi Chandrayaan-3. Sanjay percaya dia boleh memenuhi janjinya untuk ‘membawa Bulan’ kepada isterinya dengan membeli sebidang tanah di Bulan. Bantuan Luna Society International membuatkan hasratnya untuk merealisasikan perkara itu tercapai selepas kira-kira setahun kemudian. “Saya membeli satu ekar tanah di Bulan untuknya (isteri),” kata Sanjay. Keseluruhan proses itu mengambil masa kira-kira setahun sebelum Sanjay menerima kertas pendaftaran dengan label ‘tuntutan dan surat ikatan berdaftar untuk hartanah di Bulan’. Memandangkan Bulan memainkan peranan penting dalam kisah cintanya, Sanjay menganggap tiada hadiah lebih sesuai untuk sambutan pertama hari ulang tahun isterinya selepas mereka berkahwin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube