suria

Nenek terpinga-pinga, lepas selesai bergambar wanita ambil semula bungkusan di riba... Netizen syak ‘wayang’ hulur bantuan

Tangkap layar video tular membabitkan seorang wanita dipercayai sedang mengagihkan bantuan.

BERBUAT baik sesama manusia adalah sangat dituntut.

Namun, seseorang itu seharusnya ikhlas dalam beramal kebajikan tanpa mengharapkan pulangan.

Begitulah halnya dengan satu perkongsian di TikTok apabila seorang wanita didakwa mempunyai niat tersembunyi ketika membantu seorang warga emas di sebuah perkampungan dipercayai di Indonesia.

Berdasarkan video tular, wanita tersebut dilihat memberikan satu bungkusan plastik berwarna putih yang di dalamnya mengandungi dua bekas polisterin makanan.

Perkara yang menimbulkan tanda tanya adalah apabila wanita berkenaan mengambil semula bungkusan plastik tersebut selepas selesai menangkap gambar warga emas itu bersama pemberiannya.

Kejadian itu dirakam seseorang dari dalam rumah tanpa diketahui wanita terbabit.

"Seorang wanita memberikan satu bungkusan kepada warga emas ini dan kemudian mengambilnya kembali apabila selesai mengambil gambar," tulis pemuat naik video itu.

Tidak dapat dipastikan motif sebenar wanita itu, tetapi tindakannya meminta warga emas tersebut memangku bungkusan yang diberikan menyebabkan warga maya beranggapan ia adalah satu sesi fotografi untuk meraih publisiti.

"Tapi kalau tengok di sebelah makcik tu, ada satu lagi bungkusan plastik yang ada isinya, mungkin yang diambil semula oleh wanita tu adalah bekas kosong.

"Rasanya yang wanita tu ambil adalah bekas kosong, isinya dah diberikan kepada makcik tu, ada dekat sebelah dia.

"Ayuh kita bersangka baik, walaupun kelihatan seperti untuk content sahaja.

"Mungkin juga gambar tu diambil sebagai bukti yang bantuan sudah diberikan kepada penerima, takut ada yang tuduh pecah amanah pula," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain