suria

Lelaki kecewa bayar RM1,900 nak tengok konsert... Tapi kena ‘tadah telinga’ dengar wanita di sebelah menyanyi dan menjerit

Suasana yang bingit di dalam venue konsert boleh mengganggu persembahan. -Gambar hiasan (kiri)

MENGHADIRI konsert artis pujaan pasti menjadi impian setiap peminat.

Maka tidak hairanlah jika orang ramai sanggup berhabis wang ringgit untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi di atas pentas.

Namun seorang lelaki nampaknya hampa apabila melalui pengalaman buruk sewaktu menyaksikan konsert kumpulan Mayday dari Taiwan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ni aspura ke aspuri?” - Huru-hara dorm! Bingit 20 pelajar menjerit, terlompat-lompat ‘perang’ dengan seekor tikus

Manakan tidak, dia gagal memberi tumpuan terhadap persembahan artis kerana duduk bersebelahan seorang peminat wanita yang terlalu fanatik.

Selain turut sama menyanyi dengan terlalu kuat, peminat wanita itu didakwa menjerit-jerit di sepanjang konsert yang berlangsung di Shenzhen, China pada Julai lalu.

Menerusi luahan di platform Douyin, dia mengakui tidak mendengar lontaran vokal daripada kumplan Mayday melainkan suara wanita di sebelahnya.

Bayar RM1,900 tapi dapat dua konsert, sangat menguntungkan.

WARGA MAYA

"Saya bayar 3,000 Chinese Yuan (RM1,900) untuk konsert ini dan apa yang saya dengar hanyalah nyanyian wanita di sebelah saya. Persembahan kumpulan Mayday sudah tenggelam," kata lelaki itu.

Melalui video yang dikongsikan, nyanyian kumpulan Mayday masih kedengaran sayup-sayup tetapi tidak dapat dinafikan suara wanita tersebut adalah jauh lebih lantang.

Juga dapat dilihat wajah lelaki itu yang kelihatan pasrah tatkala impiannya untuk mencipta memori indah dalam konsert kumpulan Mayday punah hanya kerana keterujaan seorang wanita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berjenaka dengan berkata lelaki itu sepatutnya 'bersyukur' kerana menikmati dua konsert serentak walaupun hanya membayar untuk satu tiket.

"Saya tumpang berbangga untuk wanita tu, dia memang betul-betul 'hidup' ketika konsert tersebut. Patut anda join sekali menyanyi.

"Bayar RM1,900 tapi dapat dua konsert, sangat menguntungkan.

"Tak nak salahkan perempuan tu, kalau saya pergi konsert Mayday pun saya akan menyanyi sekuat hati. Biarlah orang lain nak dengar apa," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain