suria

Pemuda bunuh, rogol mayat jiran kemudian buang dalam tangki najis... Sedekah harta mangsa supaya roh tenang

Suspek ditahan kerana membunuh dan merogol mayat mangsa. -Gambar Istimewa/ Tribun

KEJAM! Begitulah yang dapat digambarkan terhadap seorang lelaki yang tergamak memperkosa mayat jirannya.

Suspek turut didakwa membuang mayat mangsa dalam tangki najis.

Perbuatannya terbongkar susulan penemuan mayat seorang wanita tanpa seurat benang.

Kejadian berlaku di Cilacap di Jawa Tengah, Indonesia, pada 10 September lalu.

Memetik laporan TribunStyle, suspek berusia 31 tahun merupakan pekerja di tempat letak kereta, manakala mangsa berusia 33 tahun adalah bisu dan tinggal bersendirian.

Ia bermula apabila suspek mahu memecah masuk rumah jirannya untuk mencuri sebelum disedari mangsa.

Dalam keadaan panik, dia melemaskan mangsa sehingga menyebabkan kematian sebelum merogolnya.

Barang-barang yang dicuri dijual suspek dan hasil jualan disedekahkan untuk tujuan supaya roh mangsa tenang.

Mayat mangsa hanya ditemukan tiga hari kemudian pada 13 September.

Susulan penemuan mayat, suspek ditahan polis pada 14 September. Ketika ditahan, suspek positif dadah.

Suspek didakwa kerana membunuh dan jika disabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain