HANYA menggunakan makanan ringan sebagai ‘umpan’, seorang kanak-kanak hampir diperkosa lelaki berusia 51 tahun ketika dalam perjalanan ke sekolah. Pun begitu perbuatannya itu tidak dapat dilakukan kerana telah mati pucuk. Ekoran itu, suspek memberikan wang RM10 (100 baht) kepada mangsa dan menghantarnya kembali ke sekolah. Kejadian yang berlaku di wilayah Isaan di Ubon Ratchathani, Thailand itu bagaimanapun diketahui umum selepas mangsa mengadu kepada ibu dan ayahnya. Mereka melaporkan perkara itu kepada Balai Polis Mueang Ubon Ratchathani. Pegawai memeriksa kamera keselamatan berhampiran sekolah itu dan dapat mengenal pasti suspek. Dia ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam keretanya ketika menunggu untuk berjumpa pakar psikiatri. Pada Selasa, suspek yang didakwa, Sakda Kunkaew, mendekati seorang kanak-kanak di sebuah sekolah tempatan dan memikatnya untuk membeli makanan ringan dengannya. Dia kemudian membawa gadis itu ke hutan tepi jalan kira-kira 3 kilometer dari sekolah dan menyerangnya secara seksual dengan mencium dan menyentuhnya secara tidak wajar. Mangsa merayu untuk dilepaskan supaya dia boleh kembali ke sekolah. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube