suria

Otak hampir ‘terkeluar’! Guna pembaris logam, guru didakwa pukul murid 9 tahun hingga tengkorak retak

Murid yang didakwa dipukul menjalani pembedahan. -Gambar Baidu

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikejarkan ke hospital dengan keadaan tengkorak retak selepas seorang guru didakwa memukul kepalanya menggunakan pembaris logam.

Dilaporkan, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, tengah China, pada 6 September lalu.

Ketika kejadian, guru terbabit didakwa menggunakan pembaris logam berskala segi tiga untuk memukul kepala mangsa.

Tindakan itu menyebabkan luka sedalam 5 sentimeter sehingga tengkorak mangsa retak.

"Otaknya hampir terkeluar. Ia boleh membawa maut," kata ibu saudara mangsa kepada Jiupai News.

Susulan insiden itu, guru berkenaan telah ditahan polis.

Motif serangan seperti yang didakwa bagaimanapun tidak dinyatakan.

Menurut laporan South China Morning Post, pemeriksaan mendedahkan bahawa tengkorak gadis itu retak dan terdapat serpihan tulang di kepalanya dan memerlukan pembedahan segera.

Dilaporkan, pembedahan mengambil masa lima jam untuk mengeluarkan serpihan itu.

Bapa kanak-kanak perempuan itu berkata dia masih dalam rawatan rapi.

Pihak sekolah berkata, mereka akan bekerjasama dalam siasatan polis. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain