suria

Balai polis kecoh lelaki 'sado' menangis anak ayam hilang... Anggota tak jadi ketawa, rupanya ada kisah lain

Seorang lelaki menangis ketika membuat laporan polis berhubung anak ayamnya yang hilang.

KEHILANGAN mahupun kematian haiwan kesayangan pastinya membuatkan pemilik berasa sedih.

Seperti yang dialami seorang lelaki ini, dia yang buntu terus ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kehilangan ayam peliharaannya.

Melihatkan tubuhnya yang 'sado' dan tegap pasti ramai yang tidak menyangka lelaki ini akan menangis hanya kerana kehilangan ayam.

Malah senario yang berlaku itu mengejutkan pasukan polis di balai berkenaan yang kemudiannya cuba untuk menenangkan dia.

Perilaku yang tidak dijangka itu membuatkan video tangisannya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Malah dia turut menyatakan anak ayam yang hilang itu bernama Ahmad Saputra.

Pun begitu menerusi ruangan komen, video tersebut didakwa sekadar content untuk menghiburkan warga maya.

Bahkan lelaki yang menangis itu juga merupakan seorang polis. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain