suria

Cari kepuasan dengan cara pelik, remaja terpaksa dibedah selepas wayar tersangkut dalam zakar... 9 hari tahan sakit

Remaja itu terpaksa dibedah selepas wayar sepanjang lapan inci tersangkut dalam zakarnya.

SEORANG remaja Sri Lanka terpaksa menjalani pembedahan selepas wayar sepanjang lapan inci tersangkut di dalam kemaluannya.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu mempunyai nafsu pelik yang mana dia memasukkan wayar ke dalam zakarnya untuk mencapai kepuasan seksual.

Tindakan itu membawa padah apabila wayar berkenaan dimasukkan terlalu jauh sehingga ia tersangkut di dalam zakar, menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau sewaktu kencing.

Selepas sembilan hari menahan kesakitan, remaja itu pergi ke sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Eksperimen seks bawa padah, remaja masuk hospital selepas kabel USB tersangkut dalam zakar

Doktor terpaksa membuang wayar itu melalui pembedahan.

Selepas disoal doktor, remaja itu mendedahkan dia telah melakukan perbuatan berkenaan sejak dua tahun lalu dan biasanya dapat mengeluarkan objek asing itu sendiri.

Dia juga menunjukkan tanda-tanda ketagihan onani selepas mengaku melakukannya kira-kira tiga kali sehari. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain